Kursus Asas Membina Blog - Kursus 1 Malaysia di Kolej Komuniti Hulu Langat
Walaupun masih muda , sebenarnya saya agak 'kuno' dalam ilmu IT . Agak lama saya menyimpan hasrat untuk membina blog sendiri , tapi agak malas untuk belajar sendiri . Jadi lebih mudah jika berguru lalu saya menyertai kursus ini yang saya sertai pada 11 May 2013 dengan yuran sebanyak RM5.00 SAHAJA .
Kursus ini telah dikendalikan oleh Pensyarah IT KKHL Pn.Afziha pada pukul 8.30 pagi . Demi ilmu , saya yang tinggal di Jalan Klang Lama , KL sanggup meredah highway yang berliku-liku sejauh 30 km , tapi agak terlewat sedikit . Mujur kelas masih belum dimulakan .
Apa yang dipelajari ?
Asas Pembinaan Laman Blog
Apa itu blog ?
Singkatan dari 'Web Log' .
Definisi - Buku catatan online , seperti diari .
Tujuan ?
1. Luahan perasaan
2. Perniagaan , komuniti & lain-lain .
Kenapa Blog ?
1. Percuma berbanding Website .
2. Mudah & senang dibina , tak perlu kemahiran IT yang tinggi . (programming/html/etc)

