Pages

Wednesday, June 20, 2018

Tips tagih hutang

Kenali jenis penghutang , merayu, dan kemudian buat tak tahu..

Adakah anda biasa dipujuk rayu memberi pinjaman kepada rakan, atau rakan kepada rakan?

Mari kenali jenis3 manusia yang suka meminta, dan kemudian tak mahu bayar.

Conversation

Keluarga bahagia dari kacamata masyarakat, tetapi mungkin hutang keliling pinggang

Mohd Syazwan Bin AB Jalani

Begini lah bila meminjam, tak reti pulang. Biasanya ayat permulaan semua sama. Bila dah pinjam, buat lupa. Bila diminta, cuba drag masa. Dan akhirnya kebanyakan kes, akan terus hilang.

Jika anda mahu beri juga, pasti guna taktik untuk minta IC, dan melalui perbualan yang boleh dirakam, supaya jika jumlah nya besar, anda boleh melakukan tuntutan melalui undang2. Tapi jika kecil, anda boleh buat begini. Supaya menjadi pengajaran.

Saturday, May 11, 2013

Belajar membuat blog

(This is demonstration page)

Kursus Asas Membina Blog - Kursus 1 Malaysia di Kolej Komuniti Hulu Langat


Kursus 1 Malaysia adalah salah satu inisiatif yang di ilhamkan oleh yang amat berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak . Berbagai-bagai kursus dengan yuran yang sangat-sangat berpatutan disediakan mengikut tempat , dan kebanyakannya ada di Kolej-kolej Komuniti dan salah satu yang saya sertai adalah Kursus Asas Membina Blog di Kolej Komuniti Hulu Langat .


Walaupun masih muda , sebenarnya saya agak 'kuno' dalam ilmu IT . Agak lama saya menyimpan hasrat untuk membina blog sendiri , tapi agak malas untuk belajar sendiri . Jadi lebih mudah jika berguru lalu saya menyertai kursus ini yang saya sertai pada 11 May 2013 dengan yuran sebanyak RM5.00 SAHAJA .

Kursus ini telah dikendalikan oleh Pensyarah IT KKHL Pn.Afziha pada pukul 8.30 pagi . Demi ilmu , saya yang tinggal di Jalan Klang Lama , KL sanggup meredah highway yang berliku-liku sejauh 30 km , tapi agak terlewat sedikit . Mujur kelas masih belum dimulakan .

Apa yang dipelajari ?

Asas Pembinaan Laman Blog

Apa itu blog ?

Singkatan dari 'Web Log' .
Definisi - Buku catatan online , seperti diari .

Tujuan ?

1. Luahan perasaan
2. Perniagaan , komuniti & lain-lain .

Kenapa Blog ?

1. Percuma berbanding Website .
2. Mudah & senang dibina , tak perlu kemahiran IT yang tinggi . (programming/html/etc)